Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Damsyik mengatakan bahawa mereka menyokong sebuah usul Rusia untuk mewujudkan zon selamat di Syria. Inisiatif itu dilihat sebagai sebuah usaha untuk memperkukuhkan gencatan senjata yang sedia ada di negara Arab itu sekaligus membantu kepada proses perundingan damai di antara pihak yang bertelagah.
Lewat hari Rabu, agensi berita Syria, SANA menukilkan sumber kementerian luar negara Arab itu sebagai berkata bahawa kerajaan di Damsyik menyokong sepenuhnya pelan Rusia dan dalam masa yang sama menyatakan komitmen mereka terhadap gencatan senjata yang ditandatangani dengan militan pada Disember lepas.
Sokongan itu, menurut sumber, adalah selari dengan komitmen Damsyik untuk mempertahankan nyawa orang awam, membantu mereka pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan seharian mereka dan meningkatkan taraf hidup warga awam yang terjejas akibat keganasan yang melanda negara itu sejak beberapa tahun lepas.
Laporan itu turut menyentuh tentang tekad kerajaan Syria untuk terus memerangi kumpulan pengganas Daesh, Jabhat Fateh al-Sham dan beberapa kumpulan pengganas yang lain.
Perjanjian gencatan senjata Disember lepas tidak merangkumi kumpulan-kumpulan pengganas di atas.
Pada hari Rabu, Moscow mengusulkan pendapatnya berhubung penciptaan zon selamata di empat buah kawasan yang terletak di utara, tengah dan selatan Syria. Kebanyakan pertempuran sengit yang berlaku di Syria dilaporkan dari kawasan-kawasan tersebut.
Usul Syria itu dilihat sebagai sebuah percubaan untuk "menamatkan keganasan yang telah mencengkam Syria dan dalam masa yang sama "mencipta situasi yang selamat untuk membenarkan para pelarian pulang ke rumah mereka sendir", lapor AFP.
/315
4 Mei 2017 - 18:41
News ID: 827829
Damsyik mengatakan bahawa mereka menyokong sebuah usul Rusia untuk mewujudkan zon selamat di Syria. Inisiatif itu dilihat sebagai sebuah usaha untuk memperkukuhkan gencatan senjata yang sedia ada di negara Arab itu sekaligus membantu kepada proses perundingan damai di antara pihak yang bertelagah.